Salam perkenalan buat semua sahabat. Moga...sehingga ke hari ini kita masih lagi dikurniakan nikmat IMAN dan ISLAM, seterusnya dipinjamkan segala nikmat yang apabila dihitung dan ditulis dengan dakwat nescaya, tujuh lautan pun tidak mencukupi..SUBHANALLAH..Buat pertama kalinya, saya menulis di ruang medium blog ini setelah hampir sekian lama saya hanya melihat dan melawati blog sahabat-sahabat yang lain. Namun jauh disudut hati, kadangkala terbit juga rasa cemburu untuk turut serta menulis di blog. Mungkin kerana sering sibuk dengan kerja, namun akhirnya saya cuba. Pastinya bila pertama kali, saya tidak menafikan akan ada kekurangan dan kesilapan. Doa dan harapan saya, dengan semangat ini kita sama-sama dapat berkongsi ilmu. Banyak faedah boleh kita lakukan, antaranya tentulah cetusan-cetusan idea, ilmu serta maklumat yang lahir daripada kita untuk diterjemahkan dalam bentuk penulisan. Bagi saya, kita boleh mula belajar buat blog ni,banyak kegunaannya. Bagi yang suka menterjemahkan sebarang bentuk penulisan dan ilmu-ilmu yang nak dikongsikan, bolehlah di pamerkan di blog masing-masing.
Setakat ini sahaja untuk muqaddimahnya, sebarang artikel yang saya akan tuliskan di blog ini, harap di manfaatkan, sebarang komen serta perbincangan amat dialu-alukan. Akhirnya untuk sahabat-sahabat semua, salam perjuangan saya hulurkan, moga kita semua terus bersahabat hingga ke akhirnya..InsyaAllah...

Salam ukhuwah daripada saya - ukhuwah fillah abadan abada...
.....................................................................................
“Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sedu sedan. Tetapi cinta menghidupkan penghargaan, menguatkan hati dalam perjuangan, menempuh onak dan duri penghidupan.” HAMKA.

0 comments:
Post a Comment