Bila kita teringatkan seseorang, ia umpama bayang-bayang yang melintas sekilas dihadapan kita. Ia akan ‘pergi’ selepas itu. Mungkin hanya melintas untuk beberapa minit atau hanya untuk beberapa saat.Tapi, bila kita rindukan seseorang, ia umpama kemuncup yang melekat di pakaian kita. Kemuncup tidak akan ‘pergi’ dengan sendirinya melainkan kita yang ‘menanggalkannya’. Selagi ia melekat, slagi itulah kte 'sengsara'.
Bila kita teringatkan masa lalu, ia datang secara tiba-tiba. Mungkin kerana kita ternampak sesuatu benda atau perkara yang membuatkan kita teringat kembali masa lalu, selagi itulah kita ’sengsara’. Bila kita rindukan masa lalu, biasanya perkara yang memalukan sekalipun akan membuatkan kita tersenyum sendiri dan kadang-kadang tergelak dengan tiba-tiba. Rindu banyak mencuit hati kita. Walau siapa pun yang kita rindui, penting sebenarnya kita beritahu orang itu bahawa kita rindukan dia. Tak kisahlah melalui apa cara sekalipun. direct or indirect. At least, takdelah terseksa jiwa raga kan. Selagi kita masih ada peluang untuk beritahu dia yang kita rindukan dia, kita dah cukup bertuah sebenarnya. sebab, amat menyeksakan bila satu hari nanti kita ‘terpaksa’ merindui seseorang yang telah tiada.

0 comments:
Post a Comment