Berita Nasional 20-09-10

.: A Journey 2 be Better Muslim's :.

My photo
'Ya Allah berikanlah cinta-Mu kepadaku,jadikanlah org yg mencintai-Mu mencintai aku,dan jadikanlah aku mencintai segala sesuatu yg membawa kpd kecintaan-Mu!'

Tuesday, December 23, 2008

KeAgungan dan keindahan orang

Pada-Mu Ya Rabbi...

Hidup adalah perjuangan yg tiada kesudahan kecuali nyawa dicabut dari badan, di saat itu terlerailah segalanya.. usah disesali dan ditangisi setiap dosa-dosa krn sudah terlambat.



Sesungguhnya Allah adil, melakukan perubahan adalah sukar tapi yg pasti ia tdk mustahil bagi seseorang utk berubah begitu juga dgn aku. Aku pasti masanya pasti tiba dan ketika dan saat itu pasti menjadi insan yg lebih baik krn aku yakin Allah sentiasa bersama dgn ku,kasih sayangnya akan sentiasa mengiringi langkah aku, aku akan berusaha utk berubah dan perubahan yg aku buat memerlukan pengorbanan, cubaan dan dugaan silih berganti ini tdk pernah mengugat keimanan ku pada-NYA dan aku yakin aku pasti berjaya.

Namun dlm setiap perubahan aku pasti akan diuji oleh-NYA, tidak mampu rasanya menghadapi semua ini tapi aku percaya setiap yg Allah takdirkan padaku pasti ada hikmahnya krn Dia takkan menjadikan sesuatu itu sia-sia. Dugaan dan ujian yg Allah takdirkan padaku akan ku terima kerana siapalah aku dihadapan-Mu. Kadang-kadang tak berdaya rasanya menghadapi semua ini, tapi aku yakin selagi Allah bersama aku dan redha-NYA sentiasa mengiringi setiap langkah perjalanan ku dalam menuju ke penghujungnya.

Ya Allah dlm doaku sebagai hamba yg hina lagi kerdil dihadapan-Mu, aku tawakkal dan ku serah segalanya pada-MU Ya Robb berkati dan redhailah kehidupan ini.


0 comments: