Berita Nasional 20-09-10

.: A Journey 2 be Better Muslim's :.

My photo
'Ya Allah berikanlah cinta-Mu kepadaku,jadikanlah org yg mencintai-Mu mencintai aku,dan jadikanlah aku mencintai segala sesuatu yg membawa kpd kecintaan-Mu!'

Thursday, November 27, 2008

'Pintu Kemenangan itu adalah kesabaran'

Berjalanlah dgn penuh harapan walau hidup ini x selalu akan bahagia,
sedekahkanlah satu senyuman walau d hatimu x lagi mampu bertahan....belajarlah memaafkan walau dirimu terluka,berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran...hiduplah dalam iman walau hari d penuhi godaan & berpeganglah kpd Allah walau DIA x kelihatan.Bukti kasih-NYA... kita wujud d dunia pinjaman ini...

Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara & yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNYA yg mengaku keimanan pada-NYA .Jangan terlalu berkhayal utk jadi yg terbaik kerana hidup x semudah itu,Perihal kehidupan sebagai cermin dlm menilai sebuah p'abdian yg hakiki lagi abadi..Moga lelahmu d hargai ilahi walau di cemuh insani.. i'allah...

Barakallah.


Tuesday, November 25, 2008

Terapi Mujarab Masalah R.I.N.D.U!


Ibnu Qayyim
: memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud: "Pandangan mata itu satu drpd sekian banyak anak panah iblis." Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yg terbaik adalah meneguk daripada pengajaran Al-Quran seperti firman Allah swt bermaksud: "Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih."Surah Yusuf,Ayat 24.



'Selagi dinamakan manusia, betul kan kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang la adat kehidupan bahawa kasih dan cinta didahului dgn perasaan rindu, tapi jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, kadang-kadang sering kali membuatkan kita berduka, penyakit inilah nanti yg boleh menyebabkan kelemahan dalam hati. Kita sebenarnya.. boleh jer berperang dengan perasaan itu. Namun, seseorang Muslim itu akan alangkah nikmatNYA jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.'


Sumber: iluvislam.com
SUPPORT TO: http://www.iluvislam.com/

Monday, November 24, 2008

Hargai-la DIA

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.



...:rindu KAMU:...


Wednesday, November 19, 2008

La Tahzan: Don't Be Sad

Salam,

Kadang-kadang kita pernah rasa semuanya macam salah yg berlaku dalam hidup kita, mungkin kecewa.. atau x dapat ape yg kita nak, kita patut sedar itu semuanya ujian.. bila kita bersyukur,bila dapat sesuatu.. akan terasa indahnya,manisnya tawakkal kepada ALLAH.. kerana kita ini hambaNYA.. apa yg kita dapat itulah yang terbaik buat kita, dan yakinlah HANYA DIA YG TAHU apa yg terbaik buat kita, ALLAH KNOW BEST.. terima seadanya perkara yg datang dan pergi dalam hidup kita.. semoga ia akan meningkatkan rasa kehambaan kita kepadanya, INSYAALLAH.. bukankah ALLAH menciptakan dunia sebagai tempat ujian, itulah hakikatnya, saudaraku.. semoga ALLAH merahmati hidup kita di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat.. sekian..


RENUNGAN


Yang di cari...
walau bukan putera/puteri raja,
biarlah putera/puteri agama,

yang diimpikan...
biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata,

yang dinilai...
bukan sempurna sifat jasmani, asal sihat rohani sempurna hati

yang diharap...
bukan jihad pada semangat asal perjuangannya ada matlamat

yang dinanti...
bukan lamaran dengan permata cukuplah akad dan janji setia,
itulah ketentuan sejak Azali..



Monday, November 17, 2008

Hakikat Hujan


Hari ini turun air dari langit basahi bumi, begitu juga mata dan hatiku telah basahi jiwaku, kuharap pelangi kan muncul dikesudahannya, kerana aku begitu merindukanmu, selalu...

Dengan nafas-Mu!!

Tuesday, November 4, 2008

Ingat VS Rindu

Bila kita teringatkan seseorang, ia umpama bayang-bayang yang melintas sekilas dihadapan kita. Ia akan ‘pergi’ selepas itu. Mungkin hanya melintas untuk beberapa minit atau hanya untuk beberapa saat.Tapi, bila kita rindukan seseorang, ia umpama kemuncup yang melekat di pakaian kita. Kemuncup tidak akan ‘pergi’ dengan sendirinya melainkan kita yang ‘menanggalkannya’. Selagi ia melekat, slagi itulah kte 'sengsara'.

Bila kita teringatkan masa lalu, ia datang secara tiba-tiba. Mungkin kerana kita ternampak sesuatu benda atau perkara yang membuatkan kita teringat kembali masa lalu, selagi itulah kita ’sengsara’. Bila kita rindukan masa lalu, biasanya perkara yang memalukan sekalipun akan membuatkan kita tersenyum sendiri dan kadang-kadang tergelak dengan tiba-tiba. Rindu banyak mencuit hati kita. Walau siapa pun yang kita rindui, penting sebenarnya kita beritahu orang itu bahawa kita rindukan dia. Tak kisahlah melalui apa cara sekalipun. direct or indirect. At least, takdelah terseksa jiwa raga kan. Selagi kita masih ada peluang untuk beritahu dia yang kita rindukan dia, kita dah cukup bertuah sebenarnya. sebab, amat menyeksakan bila satu hari nanti kita ‘terpaksa’ merindui seseorang yang telah tiada.



Betapa bahagianya dia!

Assalamu'alaikum warahmatullahu wabarakatuh.


"Betapa bahagianya dia!... "Iaitu orang yang mengingat kuburnya, kemudian ingat kepada RabbNya, orang yang selalu memuhasabah diri, mensucikan hatinya, berbakti kepada kedua orang tuanya, orang yang suka menangis menitiskan air matanya (kerana takut kepada Allah s.w.t ) dan dilanjutkan dengan sujud (orang yang memelihara solatnya), ia bersegera menuju masjid, rajin solat malam, selalu memaafkan saudara-saudaranya dan mendo'akan untuk mereka kebaikan serta menyalahkan dirinya, ia tidak lupa dengan wiridnya (sesuai dengan tuntunan Rasulullah s.a.w), maka betapa bahagianya dia... Hendaklah kita semua menjadi orang itu."

(Majalah Qiblati, rubrik Kisah, vol.01 No. 09 1427H)


Att: Terima kasih kpd saudara yg mengirimkannya.