
Sepatutnya janganlah engkau melihat kepada seseorang kecuali engkau melihat bahawa ia adalah lebih baik di sisi Allah daripada engkau dan ia mempunyai beberapa kelebihan atas dirimu. Beberapa ubat telah diberi oleh Abu Hamid Al-Ghazali yang patut di telan oleh setiap manusia yang ingin membersihkan hatinya...
Katanya..
Maka jikalau engkau melihat orang yang lebih muda daripadamu , maka hendaklah engkau berkata (di dalam hati) ....
Budak ini belum pernah lagi berbuat maksiat kepada Allah sedangkan aku sudah banyak berbuat maksiat maka tidak syak lagi bahawa dia lebih baik dariku.
Dan apabila engkau melihat orang yang lebih tua daripadamu , hendaklah engkau berkata...
Orang yang ini menyembah Allah lebih dahulu daripadaku maka tidak syak lagi bahawa ia lebih baik daripadaku.
Dan apabila engkau melihat orang yang alim maka hendaklah engkau berkata...
Orang alim ini telah dikurniakan kepadanya bermacam-macam pemberian yang tidak dikurniakan kepadaku dan ia telah sampai ke martabat yang aku tidak sampai kepadanya dan ia mengetahui perkara yang tidak aku ketahui, maka betapa aku sama dengannya.
Dan apabila engkau melihat orang yang jahil maka hendaklah engkau berkata...
Orang yang jahil ini berbuat maksiat akan Allah dengan kejahilannya, tetapi aku mengerjakan maksiat berserta dengan ilmuku, maka Allah S.W.T akan berhujah keatas diriku dan aku belum tahu lagi bagaimana aku akan mengakhiri kehidupanku ini.
Dan apabila engkau melihat orang yang kafir maka hendaklah engkau berkata...
Aku belum tahu lagi boleh jadi nanti dia masuk Islam lalu ia mengakhiri hidupnya dengan "Husnul Khatimah" dan dengan sebab dia masuk Islam , ia telah keluar daripadanya dosa-dosanya seperti keluar nya sehelai rambut daripada bancuhan roti sedangkan aku,
Wal iya zubillah..(mudah-mudahan Allah memelihara kita)... boleh jadi aku menjadi sesat setelah mendapat petunjuk , maka aku menjadi kafir dan kehidupanku akan diakhiri dengan "Suul Khatimah", maka orang kafir ini pada hari kiamat akan dikumpulkan bersama-sama dengan orang yang muqorrabin sedangkan aku diseksa di dalam api neraka.
Nauzubillahi min zalik.
Sahabat sekalian, sebenarnya kemuliaan seseorang itu terletak pada kalam terakhir hidupnya.. Semoga Allah memberkati usaha manusia yang ingin membersihkan hatinya..
.: A Journey 2 be Better Muslim's :.
- Sejuta Harapan
- 'Ya Allah berikanlah cinta-Mu kepadaku,jadikanlah org yg mencintai-Mu mencintai aku,dan jadikanlah aku mencintai segala sesuatu yg membawa kpd kecintaan-Mu!'
Monday, May 5, 2008
Hati Yang Bersih..
Labels:
Mutiara Hidup Bahagia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Bismillah, Salam untuk semua...
Bila teringat-ingat kembali masa lepas yang pasti tidak akan berubah mahupun berulang.Satu masa yang akan datang, insyaAllah.. mungkin kita akan duduk mengingati saat-saat yang kita lalui kini. Kita semua hidup atas kesedaran yang satu, ingin menuju Syurga yang satu dan meraih pengampunan Allah. Akan sedar ataupun tidak apa yang kita lakukan, tapi mungkin tidak selalu kita berjalan seiring tujuan.
Pernahkah kita menangis bila terkenang kita yang dulu lebih baik dari diri yang saat ini? Atau, kita sudah jadi orang yang ketawa memperlekehkan 'budak baik' yang jadi identitimu dulu? Bila maksiat dan dosa orang banggakan, alangkah bertambah pedih janji azab Tuhan ...
Post a Comment