Petikan Ceramah: Ustaz Akil Hayy Rawa.
Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS! Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat. Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat. Usah peduli agama dan adat.Usah takut Allah dan malaikat.Yang penting apa kita nak buat?Kita 'bukti' lah kita buat.Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.Habis manusia telah tersesat.Inilah dia fenomena masyarakat.Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,Marilah kita pakat mengingat,Bahawa dunia hari ini makin singkat,Esok atau lusa mungkin kiamat,Sampai masa kita semua akan berangkat! .Berangkat menuju ke negeri akhirat.Di
P/S: Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

0 comments:
Post a Comment