Pada kali ini mari kita sama-sama melihat berkaitan doa yang mana sekiranya tidak digunakan oleh kita, amatlah rugi sekali. Doa juga adalah masa paling ideal untuk kita mentaqarrub diri padaNya.

Cara-cara berdoa:
1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda, “Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa”.
2. Menghadirkan diri kepada Allah dengan penuh kekhusyukan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.
3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik dan tidak menerima melainkan yang baik belaka.
4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat atau memutuskan silaturrahim dan jangan sesekali memohon segera dimakbulkan doa tersebut.
5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut asmaul husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta salawat ke atas Nabi dan para sahabat.
6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (Al-Fatihah dan sebagainya).
Doa-doa yang makbul:
1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya atau dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibu bapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim dan tidak memutuskan silaturrahim.
Tanda-tanda doa yang makbul:
1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa menggeletar.
Ok sekadar ini dulu perkongsian ilmu kita. Semoga dapat membawa manfaat kepada kita semua insyaAllah. Wallahu’alam......


0 comments:
Post a Comment