
Semua agama di dunia ini mengajar pengikutnya agar menghormati ibu sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka mendidik serta membesarkan anak-anak.
Kebiadapan terhadap ibu bapa pula boleh menimbulkan kemarahan dan merenggangkan hubungan. Derhaka kepada ibu bapa adalah perbuatan yang sangat ditakuti mereka yang mempunyai asas agama kerana khuatir tidak dapat mencium syurga kerana Rasulullah S.a.w telah bersabda yang bermaksud: Syurga di telapak kaki ibu.
Terdapat kisah sejarah yang menceritakan tentang seorang anak di zaman Rasul yang tidak mengendahkan panggilan ibunya sehingga mengalami kesukaran yang amat sangat ketika nazak..
Jika dikaji dengan lebih teliti, ia sebagai satu iktibar tentang peri pentingnya hubungan mesra dan kesediaan untuk segera menyelesaikan masalah jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. Penghormatan kepada ibu tidak pula bersifat mutlak, anak-anak masih boleh tidak mentaati ibu andainya perintah si ibu bertentangan dengan perintah Allah s.w.t. Hal ini dijelaskan Rasulullah s.a.w dalam hadith yang bermaksud: Tidak wajib ditaati perintah makhluk jika ia bertentangan dengan perintah Allah s.w.t.
Ada kalanya anak-anak tersepit di antara ibu dan pasangan hidupnya sehingga terkeluar daripada mulut suami: Isteri boleh dicari tetapi ibu tidak boleh ditukar ganti. Kata-kata seperti ini amat melukakan perasaan seorang isteri dan tidak wajar diucapkan walau dalam keadaan marah kerana hati yang luka sukar diubati.Ketegangan hubungan rumahtangga mempunyai banyak sebab, sama ada berpunca daripada ibu yang bersifat mengongkong, suami yang tidak memainkan peranan atau si isteri yang kurang dapat menyesuaikan diri dengan keluarga bar
unya.
Seorang ibu akan mendapat penghormatan apabila beliau menunjukkan sifat keibuan yang tulen,bersedia berkorban untuk kebahagiaan anak, memahami keadaan yang berubah dan membentuk identiti dalam keluarga baru.Suami bukan sahaja perlu memberikan keyakinan kepada ibunya, malah beliau diharap dapat menerangkan dengan baik dan menyelesaikan apa jua masalah yang timbul.
Kehidupan seperti ini hanya akan meletakkkan rumahtangga di tepi jurang yang menunggu saat untuk runtuh dan berderai.

0 comments:
Post a Comment