Berita Nasional 20-09-10

.: A Journey 2 be Better Muslim's :.

My photo
'Ya Allah berikanlah cinta-Mu kepadaku,jadikanlah org yg mencintai-Mu mencintai aku,dan jadikanlah aku mencintai segala sesuatu yg membawa kpd kecintaan-Mu!'

Monday, May 26, 2008

Demi Masa

Is your mother an embarssment to you too?

My mom only had one eye. I hated her...
She was such an embarrassment. She cooked for students & teachers to support the family.

There was this one day during elementary school where my mom came to Say hello to me.I was so embarrassed.How could she do this to me? I ignored her, threw her a hateful look and ran out.


The next day at school one of my classmates said, "EEEE, your mom only Has one eye!"

I wanted to bury myself.
I also wanted my mom to just disappear.
I confronted her that day and said, " If you're only goanna make me a Laughing stock, why don't you just die?"

My mom did not respond...
I didn't even stop to think for a second about what I had said, because I was full of anger.I was oblivious to her feelings.

I wanted out of that house, and have nothing to do with her.So I studied real hard, got a chance to go abroad to study.
Then, I got married.
I bought a house of my own.
I had kids of my own.
I was happy with my life, my kids and the comforts, Then one day, my Mother came to visit me.
She hadn't seen me in years and she didn't even meet her
Grandchildren.

When she stood by the door, my children laughed at her, and I yelled at her for coming over uninvited.
I screamed at her, "How dare you come to my house and scare my Children!"
GET OUT OF HERE! NOW!!!"

And to this, my mother quietly answered, "Oh, I'm so sorry. I may have Gotten the wrong address,"
And she disappeared out of sight.
One day, a letter regarding a school reunion came to my house.

So I lied to my wife that I was going on a business trip.
After the reunion, I went to the old shack just out of curiosity.

My neighbors said that she died. I did not shed a single tear. They handed me a letter that she had wanted me to have.

"My dearest son,
I think of you all the time. I'm sorry that I came to your house and
Scared your children. I was so glad when I heard you were coming for the reunion. But I may not be able to even get out of bed to see you.
I'm sorry that I was a constant embarrassment to you when you were Growing up.

You see....
when you were very little, you got into an accident, and
Lost your eye. As a mother, I couldn't stand watching you
Having to grow up with one eye.
So I gave you mine. I was so proud of my son who was seeing a whole new world for me, in my Place, with that eye.

With all my love to you,
Your mother.








-------------------------------------------------
"Ya Allah.. Ampunilah daku dan kedua ibu bapaku..dan kasihanilah kedua mereka seperti mana mereka mengasihiku sejak dari kecilku.. Amin ya Rabbal 'alamin.."
--------------------------------------

LAGU SOUNDTRACK:





Tuesday, May 20, 2008

Krisis Makanan - Al-Quran telah beri peringatan...

Umat Islam telah dibimbing dan diasuh untuk sentiasa tenang dalam apa jua rintangan dan dugaaan yang menimpa seperti kenaikan bahan bakar, barang keperluan khususnya melibatkan krisis kekurangan bekalan makanan bukan sahaja dalam negara malah di peringkat antarabangsa.

Al-Quran telah memberi peringatan daan pengajaran kepada umat manusia termasuk yang beragama Islam dan berikutan adalah beberapa ayat daripada kitab suci yang boleh dijadikan sandaran, pegangan dan rujukan supaya umat Islam tidak mudah panik dan bersedia menghadapi segala rencam kehidupan.

Surah al-Baqarah dalam ayat 155 mengajak manusia untuk memahami ketentuan Tuhan yang sentiasa menguji keimanan seseoarang atas sesuatu yang menimpa:

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar."

Ayat 156 dalam surah yang sama pula mengajar manusia agar sentiasa bersabar dengan segala musibah hatta ujian yang menimpa kerana kesabaran adalah titik tolak kepada kemenangan atas segala permasalahan.

Al-Baqarah- ayat 156:"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali".

Dalam pada itu Surah Yusuf ayat 46, 47 dan 48 menceritakan tentang sebuah kerajaan mahupun seorang manusia agar sentiasa beringat dan berjimat-cermat serta bersedia dengan segala persiapan untuk menghadapi sebarang bencaa supaya tidak 'huru-hara' di saat akhir atau tahkala ditimpa bencana.

"Setelah ia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): 'Yusuf, wahai orang yang benar (pada segala-galanya) ! Ta`birkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering (ta`birkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui ta`birnya."

"Yusuf menjawab: 'Hendaklah kamu menanam bersungguh- sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan."(Surah yusuf 47)

"Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit,yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan.(Surah yusuf 48)

Apa juga yang berlaku di dunia yang melibatkan kekurangan bekalan makanan merupakan satu ketentuan yang telah ditetapkan oleh Tuhan dan ini dikisahkan supaya rakyat dan seluruh umat dunia tidak alpa dan lupa diri di atas kesenangan yang dikurniakan oleh Allah SWT selama ini dan dinyatakan dalam surah al-Hadid ayat 22 dan 23.

"Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah." (al-hadid ayat 22)

"(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri."(surah al-hadid ayat 23)

Walaupun ujian demi ujian yang menimpa umat Islam mahupun seluruh manusia di dunia ini namun sekiranya sentiasa merayu dan memohon pertologan kepada Tuhan yang Maha Esa di samping berusaha sebaik mungkin maka segala rintangan dan kepayahan akan dapat dirasai malah akan menemui kejayaan di kemudian hari sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak.

Ia jelas dinyatakan dalam surah al-Insyirah ayat 5 dan 6 yang bermaksud:

"Kerana sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan."

"Sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan."

Justeru umat Islam bersabarlah atas dugaan yang menimpa dan atasilah dengan berusaha dan bertawakkal kepada yang Esa dan jadikaanlah al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan.


-----------------------------------------------------

*selamat beramal...


Friday, May 9, 2008

Happy Mother's Day

Mama...

"I love you for all that you do, i will kiss and hug you, cause you love me too, you feed me and need me, to teach you to play, so smile cause i love you on this Mother's day."


Special Dedication Song's:

Ibu Penawar atau Racun??


Semua agama di dunia ini mengajar pengikutnya agar menghormati ibu sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka mendidik serta membesarkan anak-anak. Kemesraan antara anak dan ibu menjadi pemangkin kepada pembinaan akhlak dan pembangunan keluarga.

Kebiadapan terhadap ibu bapa pula boleh menimbulkan kemarahan dan merenggangkan hubungan. Derhaka kepada ibu bapa adalah perbuatan yang sangat ditakuti mereka yang mempunyai asas agama kerana khuatir tidak dapat mencium syurga kerana Rasulullah S.a.w telah bersabda yang bermaksud: Syurga di telapak kaki ibu.

Terdapat kisah sejarah yang menceritakan tentang seorang anak di zaman Rasul yang tidak mengendahkan panggilan ibunya sehingga mengalami kesukaran yang amat sangat ketika nazak..

Jika dikaji dengan lebih teliti, ia sebagai satu iktibar tentang peri pentingnya hubungan mesra dan kesediaan untuk segera menyelesaikan masalah jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. Penghormatan kepada ibu tidak pula bersifat mutlak, anak-anak masih boleh tidak mentaati ibu andainya perintah si ibu bertentangan dengan perintah Allah s.w.t. Hal ini dijelaskan Rasulullah s.a.w dalam hadith yang bermaksud: Tidak wajib ditaati perintah makhluk jika ia bertentangan dengan perintah Allah s.w.t.

Ada kalanya anak-anak tersepit di antara ibu dan pasangan hidupnya sehingga terkeluar daripada mulut suami: Isteri boleh dicari tetapi ibu tidak boleh ditukar ganti. Kata-kata seperti ini amat melukakan perasaan seorang isteri dan tidak wajar diucapkan walau dalam keadaan marah kerana hati yang luka sukar diubati.Ketegangan hubungan rumahtangga mempunyai banyak sebab, sama ada berpunca daripada ibu yang bersifat mengongkong, suami yang tidak memainkan peranan atau si isteri yang kurang dapat menyesuaikan diri dengan keluarga barunya.

Seorang ibu akan mendapat penghormatan apabila beliau menunjukkan sifat keibuan yang tulen,bersedia berkorban untuk kebahagiaan anak, memahami keadaan yang berubah dan membentuk identiti dalam keluarga baru.Suami bukan sahaja perlu memberikan keyakinan kepada ibunya, malah beliau diharap dapat menerangkan dengan baik dan menyelesaikan apa jua masalah yang timbul.Ketaatan membuta tuli tanpa mempertimbangkan keperluan isteri hanya akan menyulitkan kehidupannya sendiri.Si isteri juga harus sedar apabila dia mendirikan rumah tangga, keluarga suami akan menjadi bahagian daripada hidupnya dan harus menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru.Kegagalan suami dan keengganan isteri untuk memberikan kerjasama akan menjadikan si isteri merasakan ibu mertua sebagai ‘madu’nya yang mengancam kestabilan rumah tangga.

Kehidupan seperti ini hanya akan meletakkkan rumahtangga di tepi jurang yang menunggu saat untuk runtuh dan berderai.Tidak ada sesiapa yang untung dalam keadaan tersebut, suami atau isteri harus menyedari matlamat atau wawasan mereka mendirikan rumah tangga, bersedia bertolak ansur dan berfikir dengan saksama agar kebahagiaan yang ingin dicapai mendapat restu orang tua dan kewujudan ibu bapa sebagai rahmat dan bukan punca rumah tangga yang gawat.

Jihad Seorang Ibu

Wanita, khususnya ibu.. juga berjuang dengan bersungguh-sungguh atau jihad. Itulah sebabnya pengorbanan ibu sering diingati sehinggalah Hari Ibu sentiasa popular.
Hadiths menyatakan: “Setiap jerih payah isteri di rumah sama nilainya dengan jerih payah suami di medan jihad.” (HR Bukhari & Muslim).

Pada dasarnya, Islam telah mengangkat darjat wanita, termasuk para isteri atau ibu yang memelihara rumah tangganya.Untuk mendapatkan syurga-Nya kelak, isteri cukup berjuang di rumah tangganya dengan ikhlas. Peluh mereka di dapur dinilai sama dengan darah mujahid di medan perang.

Menjadi ibu di rumah nampak perkara remeh. Padahal, urusan rumah tangga dan mengasuh anak amat mencabar. Ia juga mengandungi kebaikan dan hikmah besar. Di tangan ibulah keperibadian sebuah generasi dipupuk.Pertumbuhan suatu generasi bangsa bermula di buaian. Di tangan ibu pendidikan anak ditanam sejak awal sehingga tampil generasi bermutu untuk berbakti kepada watan, bangsa dan agama.

Dalam Islam, tugas ibu amat besar lagi mulia dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat.
Rasulullah s.a.w berpesan: “Seorang isteri pemimpin di rumah suaminya dan bila bertanggungjawab atas kepemimpinannya.” (HR Bukhari & Muslim).

Sayangnya, banyak wanita kurang senang dengan kegiatan rumah tangga. Mereka lebih bangga bekerja di luar rumah kerana mengutamakan azam berdikari.Meskipun seorang wanita tidak bekerja setelah lulus sarjana, ilmunya tidak akan sia-sia. Ini kerana dia akan menjadi ibu sekali gus pendidik bagi anak-anaknya.Kebiasaan berfikir ilmiah yang dia dapatkan daripada proses belajar di institusi itulah yang akan menjadi pelengkapnya dalam mendidik anak. Seorang ibu memang harus cerdas dan bermutu kerana kewajipan mengurus anak tidak hanya memberi makan minum dan pakai saja.

Ibu perlu dapat merawat dan mengasuh anaknya dengan benar, penuh kasih sayang dan kesabaran. Ibu bak acuan yang menempa anaknya dengan nilai mulia sehingga terhindar daripada unsur sekitar yang merosak akal dan akhlaqnya.Itulah sebabnya ibu diletakkan tiga darjat lebih tinggi daripada bapa. Di telapak kaki ibu yang solehah ialah syurga anaknya.

Wednesday, May 7, 2008

Pretty interesting cause it rhymes,yet how true is the message that the teacher wanted to convey. READ and REFLECT!!!


Petikan Ceramah: Ustaz Akil Hayy Rawa.

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS! Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat. Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,

KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.

Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.Semua nak tunjuk kuat. Bila berjudi, percaya unsur kurafat.Tapi hidup pula yang melarat.Tali kasut dah tak berikat.Rambut pun jarang sikat.Yang perempuan, pakai mini sekerat.Suka pakai baju ketat.Suka sangat menunjukkan pusat.Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.Pakai pulak yang singkat-singkat.Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat. Duduk jauh berkirim surat.Bila berjumpa, tangan berjabat.Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat. Usah peduli agama dan adat.Usah takut Allah dan malaikat.Yang penting apa kita nak buat?Kita 'bukti' lah kita buat.Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.


MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.

Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.Habis manusia telah tersesat.Inilah dia fenomena masyarakat.Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,Marilah kita pakat mengingat,Bahawa dunia hari ini makin singkat,Esok atau lusa mungkin kiamat,Sampai masa kita semua akan berangkat! .Berangkat menuju ke negeri akhirat.Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.Masa tu, sendiri mau ingat.Umur mu banyak mana mu buat ibadat...? Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...? Harta benda anta, dari mana anta dapat...? Ilmu anta, adakah anta manafaat...?


P/S: Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.


Monday, May 5, 2008

Hati Yang Bersih..


Sepatutnya janganlah engkau melihat kepada seseorang kecuali engkau melihat bahawa ia adalah lebih baik di sisi Allah daripada engkau dan ia mempunyai beberapa kelebihan atas dirimu. Beberapa ubat telah diberi oleh Abu Hamid Al-Ghazali yang patut di telan oleh setiap manusia yang ingin membersihkan hatinya...

Katanya..
Maka jikalau engkau melihat orang yang lebih
muda daripadamu , maka hendaklah engkau berkata (di dalam hati) ....
Budak ini belum pernah lagi berbuat maksiat kepada Allah sedangkan aku sudah banyak berbuat maksiat maka tidak syak lagi bahawa dia lebih baik dariku.

Dan apabila engkau melihat orang yang lebih tua daripadamu , hendaklah engkau berkata...
Orang yang ini menyembah Allah lebih dahulu daripadaku maka tidak syak lagi bahawa ia lebih baik daripadaku.

Dan apabila engkau melihat orang yang alim maka hendaklah engkau berkata...

Orang alim ini telah dikurniakan kepadanya bermacam-macam pemberian yang tidak dikurniakan kepadaku dan ia telah sampai ke martabat yang aku tidak sampai kepadanya dan ia menge
tahui perkara yang tidak aku ketahui, maka betapa aku sama dengannya.

Dan apabila engkau melihat orang yang jahil maka hendaklah engkau berkata...
Orang yang jahil ini berbuat maksiat akan Allah dengan kejahilannya, tet
api aku mengerjakan maksiat berserta dengan ilmuku, maka Allah S.W.T akan berhujah keatas diriku dan aku belum tahu lagi bagaimana aku akan mengakhiri kehidupanku ini.

Dan apabila engkau melihat orang yang kafir maka hendaklah engkau berkata...
Aku belum tahu lagi boleh jadi nanti dia masuk Islam lalu ia mengakhiri hidupnya
dengan "Husnul Khatimah" dan dengan sebab dia masuk Islam , ia telah keluar daripadanya dosa-dosanya seperti keluar nya sehelai rambut daripada bancuhan roti sedangkan aku,

Wal iya zubillah..(mudah-mudahan Allah memelihara kita)... boleh jadi aku menjadi sesat setelah mendapat petunjuk , maka aku menjadi kafir dan kehidupanku akan diakhiri dengan "Suul Khatimah", maka orang kafir ini pada hari kiamat akan dikumpulkan bersama-sama dengan orang yang muqorrabin sedangkan aku diseksa di dalam api neraka.

Nauzubillahi min zalik.

Sahabat sekalian, sebenarnya kemuliaan seseorang itu terletak pada kalam terakhir hidupnya.. Semoga Allah memberkati usaha manusia yang ingin membersihkan hatinya..


Doa Harian - Menghimpun segala kebaikan


"Doa yang menghimpunkan segala kebaikan."

Ya Allah ya Tuhanku, ku pohon kepadaMu segala kebaikan yang dekat dan juga yang jauh, apa yang aku ketahui dan apa yang tidak aku ketahui.Ya Allah ya Tuhanku aku mohon di beri perlindungan daripada segala kejahatan yang dekat dan juga yang jauh, yang aku ketahui dan yang tidak aku ketahui. Ya Allah ya Tuhanku. Aku mohon segala kebaikan yang di pohon oleh Nabi Muhammad S.A.W, hambaMu, RasulMu. Ya Allah ya Tuhanku, ku pohon kepadaMu dijauhkan daripada segala kejahatan yang Nabi S.A.W mohon daripada Mu perlindungan daripadanya. Ya Allah ya Tuhanku, ku pohon kepadaMu syurga dan segala amalan yang mendekatkan diriku kepadanya menyebabkan aku dapat menjadi ahli syurga. Ya Allah ya Tuhanku, ku pohon kepadaMu perlindungan daripada neraka dan sebarang amalan yang menyebabkan aku di humbankan ke dalamnya.
Amiiin ya rabbala'lamin...

Saturday, May 3, 2008

Ma’at taufiq wan najah..


Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah.. dengan kebesaranMu yang di bawa bersama kalimah bismillah.. kami memohon kejayaan yang hakiki.. yakni kejayaan dari sisiMu.. sesungguhnya, Engkau lebih mengetahui erti kejayaan dari diri kami yang kerdil ini.. malah, telah Kau tetapkan segalanya yang terbaik untuk kami.. sekiranya kejayaan dalam peperiksaan kali ini merupakan sebahagian dari rezeki kami.. janganlah dengan kejayaan itu, ia menjauhkan kami dariMu.. sekiranya kegagalan dalam peperiksaan ini merupakan satu ujian untuk kami.. maka Kau teguhkanlah hati kami.. moga dengan kegagalan itu, kami lebih dekat denganMu.. kerana tidak ada yang lebih mengetahui sesuatu melainkan Engkau.. Ya Allah, telah kami berusaha, namun mungkin segala usaha kami tidaklah sehebat sesetengah dari kami yang lain.. ada tikanya kami terlalai dari tanggungjawab kami.. moga Kau maafkan kealpaan kami.. telah juga kami berdoa.. dan Engkau jualah Yang Maha Mendengar.. dan akhirnya kami bertawakal kepadaMu.. moga pilihan kami sentiasa merupakan pilihan terbaik buat diri kami.. sesungguhnya telah Kau bentangkan dua jalan untuk kami.. dan tiada yang ketiga, tiada juga yang di tengah.. maka Kau tetapkanlah hati ini untuk sentiasa memilih jalan yang lurus.. jalan yang membawa kebaikan kepada kami.. kebaikan dalam erti kata kejayaan hakiki.. tidak hanya dunia yang sementara.. tetapi akhirat yang selamanya itu yang lebih utama.. Ya Allah, Kau tidak pernah menzalimi hambaMu walau seberat zarah sekalipun.. dan tidak pernah Kau bebankan hambaMu dengan bebanan yang tidak dapat hambaMu pikul.. maka dengan itu, Kau tunjukkanlah kami.. Kau bimbinglah kami.. Kau terangilah kami.. jalan-jalan untuk kami menuju ke syurgaMu.. jadikanlah kejayaan dalam peperiksaan kali ini satu batu loncatan buat kami menegakkan agamaMu.. dan janganlah Kau lalaikan kami dengan kejayaan itu, setelah kami diberikan kejayaan.. Moga kami semua terus tsabat dalam memperjuangkan agamaMu.. tetapkanlah hati-hati kami di atas agamaMu.. dan di atas ketaatan kepadaMu.. dan di atas jihad pada jalanMu.. amin ya Rabbal ‘alamin..

ma’at taufiq wan najah..

Mencari Teman ke Syurga...

Ukhuwwah itu ialah hati-hati dan roh-roh berpadu dengan ikatan akidah. Akidah adalah ikatan yang paling kukuh dan paling mahal. Ukhuwwah wujud dari keimanan dan perpecahan wujud dari kekufuran. Kekuatan yang pertama ialah kekuatan perpaduan. Tiada persatuan tanpa kasih sayang. Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada (bersikap terbuka) dan paling tinggi ialah itsar (mengutamakan orang lain).

“Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.”

(Surah al-Hasyr [59]:9)

Al Akh yang jujur akan merasakan saudara-saudaranya lebih utama dari dirinya sendiri kerana sekiranya dia tidak bersama mereka, maka dia tidak akan mendapat pengganti selain mereka. Sementara mereka, apabila tidak bersamanya, maka mereka akan bersama dengan orang lain. Sesungguhnya serigala akan hanya menerkam kambing yang bersendirian. Orang mukmin dengan orang mukmin yang lain umpama bangunan yang saling kuat memperkuat antara satu sama lain.

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain.”

(Surah at-Taubah [9]:71)

Inilah yang sepatutnya kita lakukan.

(Imam Hasan al-Banna)

Tidak ada persahabatan tanpa ketaqwaan. Firman Allah di dalam al-Quran,

“Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh-musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa.”

(Surah az-Zukhruf [43]:67)

Tiada yang dapat merasakan manisnya iman kecuali bagi yang meneguk manisnya iman. Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Tiga perkara, sesiapa yang memilikinya maka akan merasakan kelazatan keimanan iaitu yang mencintai Allah dan RasulNya melebihi kecintaan nya kepada selain keduanya, tiada mencintai sesorang kecuali Allah, benci kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkan dirinya darinya, sebagaimana ia benci dilemparkan kedalam api neraka.”

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Imam Malik, Nabi SAW bersabda Allah SWT berfirman “KecintaanKu didapati oleh orang-orang yang saling mencintai dan saling duduk kerana Aku, saling berkunjung keranaKu dan saling memberi keranaKu.” (Al Muwatta’)

Dari Abu Malik Al Asya’ari, Rasulullah SAW bersabda tentang golongan manusia yang dicemburui oleh para nabi dan syuhada’, “mereka adalah orang yang saling mencintai kerana Allah, bukan kerana kekerabatan mereka, bukan kerana harta yang saling mereka berikan. Demi Allah, wajah-wajah mereka adalah seperti cahaya dan mereka saling berada di atas cahaya. Mereka tidak berasa takut dikala manusia ketakutan dan mereka tidak bersedih dihati tatkala manusia bersedih hati…” (Hadith Riwayat Ahmad)


Imam Hassan Al Banna berpesan “Hendaklah kalian mencintai sesama, hendaklah kalian sangat mengambil berat kepada ikatan, kerana itulah rahsia kekuatanmu dan keberhasilanmu. Dan tetaplah tegar sehingga Allah memberikan keputusan dengan haq antara kalian dan kaummu. Dia adalah sebaik-baik pemberi keputusan.”


QUIZ : Bumi Bertanya??

Friday, May 2, 2008

Usaha, doa dan tawakal


Oleh: Aisyah Humaira`

"Usaha, doa dan tawakal” - ungkapan famous yang seringkali disebut oleh pelajar tatkala menjelang peperiksaan mahupun oleh sesiapa sahaja sebagai ucapan kepada diri sendiri atau kepada rakan-rakan untuk meningkatkan semangat diri. Memang benar, ketiga-tiga perkataan tersebut mempunyai relationship umpama sequence yang semestinya dituruti oleh seorang mukmin dalam melakukan apa jua kerja sekalipun. Allah menyeru kita berusaha semampu boleh dalam melakukan sesuatu yang bermanfaat. Rasulullah juga cintakan umatnya yang bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara. Malah Allah juga tidak melihat kepada kejayaan yang dicapai tetapi melihat kepada sejauh mana kita berusaha. Langkah seterusnya selepas berusaha adalah doa. Firman Allah, “Barangsiapa berdoa kepadaKu, nescaya aku kabulkan”. Doa lah yang menunjukkan betapa kita sebagai muslim mempunyai kelebihan berbanding kafir yang hanya setakat berusaha. Tawakal setelah berusaha dan berdoa menjadi kunci kejayaan dan penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah. Andai berjaya, Alhamdulillah, namun andai tidak, kita secara automatik akan redha dengan segala ketentuanNya dan itulah hakikat kejayaan yang sebenar, iaitu apabila kita ready and redha atas segala qada’ dan qadarNya.

Pada kali ini mari kita sama-sama melihat berkaitan doa yang mana sekiranya tidak digunakan oleh kita, amatlah rugi sekali. Doa juga adalah masa paling ideal untuk kita mentaqarrub diri padaNya.

Cara-cara berdoa:

1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda, “Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa”.

2. Menghadirkan diri kepada Allah dengan penuh kekhusyukan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.

3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik dan tidak menerima melainkan yang baik belaka.

4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat atau memutuskan silaturrahim dan jangan sesekali memohon segera dimakbulkan doa tersebut.

5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut asmaul husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta salawat ke atas Nabi dan para sahabat.

6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (Al-Fatihah dan sebagainya).


Doa-doa yang makbul:

1. Orang yang terdesak.

2. Orang yang teraniaya atau dizalimi.

3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibu bapanya.

4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim dan tidak memutuskan silaturrahim.


Tanda-tanda doa yang makbul:

1. Terasa sesuatu yang menakutkan.

2. Menangis tatkala berdoa.

3. Terasa menggeletar.

....................................................................

Ok sekadar ini dulu perkongsian ilmu kita. Semoga dapat membawa manfaat kepada kita semua insyaAllah. Wallahu’alam......


Doa Sejata Orang Mukmin..


Rabitatul al-Qulub ::
Pengikat Hati


"Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah akan ikatannya, kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini. Tunjukkanlah kepada hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepadaMu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan maarif tentangMu.. Dan jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini."

----------------------------------------------------------------------------------------------

Penghulu Istighfar

"Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hambaMu dan aku di dalam genggamanMu dan di dalam perjanjian setia (untuk beriman dan taat) kepadaMu sekuat mampuku. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau. Amin.."

Thursday, May 1, 2008

Sejuta Harapan (Arabic)





Ma li rabbun siwah, Ghaffarun yamhuz zunub,
Ma li rabbun siwah, Nurun yahdil qulub.

Ya Allah 'abdun kathuraz zunubi,
Zadat hauni qurubi, Minka ilaika ghurubi.

Ya Allah la tahrimni naima,
La tatrukni saqima, Ya Mannanar Rahima.

Ya Allah Anta 'Aliyul Qadirul 'Azimu,
Ya Allah Antas Samiul Basirul 'Alimu.

Ma li rabbun siwah, Rabbus sama'il udul,
Yaghfiru man asoh, Wa huwal Halimur Rauf.

Ya Allah Rahmanul lil baraya,
Ghaffaru lil khataya, Wa rajai huwa hudaya.

Ya Allah irham dho'fi wa hali,
Faqa zanbu ihtimali, Faghfirli Ya Zal Jalali.

Ya Allah Antal 'Azizul Ghafurur Rahim,
Ya Allah Antal Quddus Salamul Karimu..

---------------------------
MA LI RABBUN SIWAH
Munsyid : Da'i Nada
---------------------------

Sejuta Harapan



La…la…la La…la…la
Sejuta harapan, Yang aku sandarkan,
Seberkas cahayaMu, Untuk terangi jalanku.

Tanpa rahmat ampunMu,
Tanpa kasih sayangMu, Hampa terasa hidupku.

Ku ingin bersamaMu,
Dekat selalu denganMu, Bahagia bersamaMu.

Ya Allah..
Terangilah gelap hitam hatiku,
Ya Allah..
Sucikanlah hati ikhlas untukMu - 2x

--------------------------
SEJUTA HARAPAN
Munsyid : Da'i Nada
--------------------------

Salam Ukhwah

Salam perkenalan buat semua sahabat. Moga...sehingga ke hari ini kita masih lagi dikurniakan nikmat IMAN dan ISLAM, seterusnya dipinjamkan segala nikmat yang apabila dihitung dan ditulis dengan dakwat nescaya, tujuh lautan pun tidak mencukupi..SUBHANALLAH..

Buat pertama kalinya, saya menulis di ruang medium blog ini setelah hampir sekian lama saya hanya melihat dan melawati blog sahabat-sahabat yang lain. Namun jauh disudut hati, kadangkala terbit juga rasa cemburu untuk turut serta menulis di blog. Mungkin kerana sering sibuk dengan kerja, namun akhirnya saya cuba. Pastinya bila pertama kali, saya tidak menafikan akan ada kekurangan dan kesilapan. Doa dan harapan saya, dengan semangat ini kita sama-sama dapat berkongsi ilmu. Banyak faedah boleh kita lakukan, antaranya tentulah cetusan-cetusan idea, ilmu serta maklumat yang lahir daripada kita untuk diterjemahkan dalam bentuk penulisan. Bagi saya, kita boleh mula belajar buat blog ni,banyak kegunaannya. Bagi yang suka menterjemahkan sebarang bentuk penulisan dan ilmu-ilmu yang nak dikongsikan, bolehlah di pamerkan di blog masing-masing.

Setakat ini sahaja untuk muqaddimahnya, sebarang artikel yang saya akan tuliskan di blog ini, harap di manfaatkan, sebarang komen serta perbincangan amat dialu-alukan. Akhirnya untuk sahabat-sahabat semua, salam perjuangan saya hulurkan, moga kita semua terus bersahabat hingga ke akhirnya..InsyaAllah...

Salam ukhuwah daripada saya - ukhuwah fillah abadan abada...
Wassalam...



.....................................................................................

“Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sedu sedan. Tetapi cinta menghidupkan penghargaan, menguatkan hati dalam perjuangan, menempuh onak dan duri penghidupan.” HAMKA.

.....................................................................................